"...SELAMAT DATANG KE BLOG PENYEDIAAN AKUARIUM..."

Wednesday 3 October 2012

RUMUSAN

8.0 RUMUSAN

Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU 3105 dan melalui subjek ini, kami memahami bahawa teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.Selain itu, kami turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses maklmat dan memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. Berdasarkan tugasan ini kami mendapati perancangan pengajaran pembelajaran perlu berdasarkan Model ASSURE kerana melalui model tersebut, kami dapat mempelajari cara yang baik untuk merancang pengajaran yang berkesan.

KLIK READ MORE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT =)

Read more...

BAHAN 2D & 3D

7.0 BAHAN 2D & 3D
KLIK READ MORE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT =)

Read more...

PAPAN CERITA/STORYBOARD

6.0 PAPAN CERITA/STORYBOARD

Skrip
Visual
Audio
Masa

Mempersembahkan tugasan projek Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105), Kemahiran Hidup Tahun 5 bertajuk Ikan Hiasan (Penyediaan Akuarium)

Tayangan video ikan berenang di dalam akuarium.

Muzik latar-                         
“Club Can’t Handle Me” nyanyian  Flo-Rida

“Rehab” nyanyian Rihanna



0.23 saat

Pengenalan kepada bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan akuarium.      

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan akuarium:
       a)    Batu
       b)    Tumbuhan akuatik
       c)    Pasir
       d)    Model
       e)    Kayu
       f)     Pam

Suara latar dimainkan semasa menayangkan video bahan.



0.52 saat

Langkah-langkah penyedian akuarium

Guru menunjukkan langkah-langkah penyediaan akuarium :
1)    Masukkan pasir di bahagian dasar akuarium.
2)    Letakkan batu.
3)    Letakkan tumbuhan akuatik
4)    Letakkan pam dibahagian belakang akuarium.
5)    Letakkan kayu di bahagian belakang akuarium.
6)    Letakkan model dibahagian hadapan akuarium.
7)    Masukkan air ¾ daripada akuarium.
8)    Masukkan ikan secara perlahan-lahan ke dalam akuarium.

Suara latar dimainkan semasa menunjukkan langkah-langkah penyediaan akuarium.

Muzik latar-
“Eh Eh Nothing Else I Can Say” nyanyian Lady Gaga.


3 minit 24 saat.

Memperkenalkan ahli kumpulan.

Foto stillsetiapahli kumpulan beserta nama.

Foto still semua ahli kumpulan.

Muzik latar –
“Dynamite”nyanyian Taio Cruz.

0.25 saat



Read more...

RPH KEMAHIRAN HIDUP DARJAH 5

5.0 RPH KEMAHIRAN HIDUP DARJAH 5


Mata Pelajaran                     :  Kemahiran Hidup Tahun Lima
Kelas                                      : 5 Aman
Tajuk                                      : Ikan Hiasan
Sub Tajuk                              : Penyediaan Bekas
Tarikh                                     : 23 September 2012
Masa                                      : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Bilangan Murid                      : 30 Orang
Pengetahuan Sedia Ada    : Murid pernah melihat bekas yang digunakan untuk
menyimpan ikan hiasan di rumah masing-masing.
Hasil Pembelajaran             : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1)    Mengenal dan menyenaraikan lima daripada enam jenis tumbuhan akuatik tanpa rujukan buku dengan betul.
2)    Menyenaraikan dengan tepat empat daripada enam langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium dengan betul.
3)    Menyediakan akuarium dengan langkah yang betul.
Kemahiran Berfikir              : Menyenarai, mengenalpasti, menyusun, mengingat
kembali, membuat rumusan dan menjana idea.
Penerapan Nilai                  : Menyayangi haiwan peliharaan, sabar, bekerjasama, bersih, teliti, bertanggungjawab.
Bahan Bantu Mengajar       : Model akuarium, kad perkataan, projektor, LCD,
komputer riba, kad perkataan, video, lembaran kerja, akuarium sebenar, ikan hiasan, pam, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.

Langkah/Masa (Minit)
Isi kandungan Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set induksi
(5 minit)
·      Menunjukkan sebuah model akuarium yang mengandungi beberapa jenis aksesori hiasan di dalam.
·      Menayangkan beberapa keping kad yang mengandungi perkataan yang berbeza bagi setiap satunya.

1)    Tumbuhan akuatik
2)    Pam
3)    Kayu
4)    Batu
5)    Model
6)    Pasir
·      Guru menunjukkan sebuah model akuarium dan mengarahkan murid memerhati dengan teliti dan cuba mengenalpasti apakah jenis aksesori atau alatan yang terdapat di dalam model akuarium itu.
·      Guru menyoal murid apakah nama setiap aksesori tersebut.
·      Seterusnya guru menunjukkan kad perkataan dan mengarahkan murid untuk memadankan perkataan yang tertera pada kad tersebut dengan aksesori yang terdapat di dalam model akuarium itu.
·      Guru memanggil beberapa orang murid dan mengarahkan murid menampal kad perkataan itu pada aksesori yang betul.
BBM :
Model akuarium, kad perkataan.

Nilai :
Teliti, bekerjasama.



Langkah 1
(15 minit)
Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan.

·      Alternanthera spp.
·      Bacopa spp.
·      Anubias spp.
·      Lobelia spp.
·      Sumatra fern spp.
·      Java fern spp.

·      Guru menunjukkan beberapa tayangan gambar jenis tumbuhan akuatik menerangkan kepada murid .
·      Murid menonton tayangan dan guru meminta murid untuk mengingati nama tumbuhan akuatik itu.
·      Guru meminta beberapa orang murid untuk menyebut kembali nama jenis tumbuhan akuatik.
·      Seterusnya guru memberikan edaran gambar setiap jenis tumbuhan yang telah dipaparkan dan mengarahkan murid untuk mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu dengan tepat.
BBM :
Projektor LCD,komputer riba.

Nilai :
Teliti, sabar.

KBKK :
Mengenalpasti, mengingat kembali.

Langkah 2
(15 minit)
Menunjukkan video mengenai langkah-langkah penyediaan akuarium supaya murid dapat gambaran awal mengenai langkah-langkah yang betul.
·      Guru menunjukkan satu video ringkas berkenaan langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.
·      Seterusnya guru menyenaraikan langkah penyediaan akuarium dengan menayangkannya di skrin dan meminta murid untuk menyalinnya.
·      Sambil menayangkan video, guru menunjukkan demonstrasi langkah-langkah sebenar penyediaan akuarium di hadapan semua murid.
·      Murid diminta mengambil perhatian dengan penerangan guru. 
BBM :
Projektor LCD,komputer riba, video, akuarium sebenar.

Nilai :
Memberi perhatian, mendengar arahan guru, teliti.

KBKK :
Menyusun mengikut keutamaan, mengenalpasti, mengingat kembali.



Langkah 3
(15 minit)
Langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.

1.    Membersih dan bilas kayu, pasir dan   batu.
2.    Bubuh satu lapisan pasir sungai pada dasar akuarium.
3.    Taburkan batu kecil pada atas pasir sungai tadi.
4.    Tanam tumbuhan akuatik/tiruan.
5.    Masukkan pam.
6.    Letakkan tunggul kayu yang telah dibersihkan.
7.    Letakkan aksesori.
8.    Masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium.
9.    Hidupkan penapisan dan pam.
10.  Masukkan ikan.
·         Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akuarium yang akan dipasang di meja kerja kumpulan mereka.
·         Murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru tadi
·         Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan.
BBM :
Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.

Nilai:
Bekerjasama, bersih, teliti, menyayangi haiwan.

KBKK :
Menyusun mengikut keutamaan, mengenalpasti, mengingat kembali, menjana idea.

Penutup
(10 minit)
·      Rumusan secara ringkas mengenai jenis tumbuhan akuatik beserta aksesori hiasan, faktor pemilihan bekas dan cara untuk menyedia dan menghias akuarium.
·      Guru membuat sedikit ulasan dan komen mengenai sesi P&P yang telah dijalankan.
·      Seterusnya guru membuat rumusan ringkas mengenai sesi P&P yang telah dijalankan dan menegaskan agar murid mengulangkaji berkaitan apa yang telah dipelajari.
·      Guru mengedarkan lembaran kerja.
BBM :
Lembaran kerja

Nilai :
Memberi perhatian, mendengar arahan guru, teliti.

Evaluate And Revise 
- Guru membuat penilaian sepanjang proses p&p.

Read more...
COPYRIGHT SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK 4TEACHER