"...SELAMAT DATANG KE BLOG PENYEDIAAN AKUARIUM..."

Wednesday 3 October 2012

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Menurut Turban et al.(2005), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian, rangkaian, dan peranti-peranti yang lain. Mengikut Galbraith (1967), ‘Technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’.

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang  berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:
Ø  Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P.
Ø  Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P.
Ø  Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan  mengguna bahan sumber P&P.

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.


KLIK READ MORE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT =)


Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991). Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003). Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK 4TEACHER