"...SELAMAT DATANG KE BLOG PENYEDIAAN AKUARIUM..."

Wednesday 3 October 2012

RUMUSAN

8.0 RUMUSAN

Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU 3105 dan melalui subjek ini, kami memahami bahawa teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.Selain itu, kami turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses maklmat dan memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. Berdasarkan tugasan ini kami mendapati perancangan pengajaran pembelajaran perlu berdasarkan Model ASSURE kerana melalui model tersebut, kami dapat mempelajari cara yang baik untuk merancang pengajaran yang berkesan.

KLIK READ MORE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT =)
Dalam Model ASSURE terkandung enam ciri di dalamnya. Berdasarkan Model ASSURE tersebut juga, kami dikehendaki merancang satu rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah rendah. Kami diberi kebebasan untuk memilih mana-mana huraian sukatan pelajaran untuk sekolah rendah. Apa yang penting, kami perlu memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat dalam pengajaran tersebut.Selain itu, kami perlu mengaplikasikan teknologi dalam penyediaan rancangan pengajaran pembelajaran tersebut, bersesuaianlah dengan subjek ini sendiri. Antara teknik yang digunakan dalam video ialah panning dan CU(close up) memaparkan objek secara dekat.
 Kami harus memastikan sekurang-kurangnya tiga bahan media digunakan dalam rancangan pengajaran tersebut. Teknologi Dalam Pendidikan memberi banyak pendedahan kepada guru pelatih untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dengan sebaik-baiknya supaya gaya pengajaran kita dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.
Selain itu, tugasan kami perlu dilengkapkan lagi dengan pelbagai bahan bantu mengajar dalam bentuk 2D dan 3D. Sememangnya kami telah mempelajari jenis-jenis bahan 2D dan 3D. Bezanya dalam tugasan ini, kami perlu menghasilkan sendiri bahan-bahan tersebut.
Walaupun tajuk bagi tugasan ini adalah mengikut kemahiran dan minat kami sendiri iaitu dalam bidang major kami, Rekabentuk dan Teknologi, kami perlu memastikan bahawa setiap tugasan yang dilakukan bercirikan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dipelajari bagi semester ini. Setiap input perlu diserapkan dengan ciri-ciri teknologi yang digunakan dalam pendidikan. Sebenarnya, itulah tugasan yang paling mencabar bagi kami iaitu dengan menerapkan dua subjek dalam satu tugasan.
Namun, sesuai dengan kehendak semasa, kami percaya tugasa yang dijalankan ini adalah sangat relevan dan berguna pada masa hadapan. Seperti yang diketahui, teknologi dalam pendidikan adalah satu cabang yang sangat penting bagi melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang mantap lagi menarik. Sehubungan itu, kami melihat bahawa tugasan ini bukan sahaja bersifat holistik yang meliputi seluruh aspek p&p, malah juga bersifat futuristik yakni berorientasikan p&p masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT SEGALA MAKLUMAT ADALAH HAK MILIK 4TEACHER