3.0 MODEL REKA BENTUK
MODEL ASSURE
Pengaplikasian
kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran
dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu
guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan
berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan
yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi
penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.
Gagne (1985)
menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara
berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara
berperingkat-peringkat.Peringkat-peringkat berkenaan adalah:
1.
Tarik perhatian pelajar.
2.
Beritahu objektif pembelajaran.
3.
Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
4.
Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan
pembelajaran.
5.
Bimbing pembelajaran pelajar.
6.
Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
7.
Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran
pelajar.
8.
Taksir pencapaian pelajar.
9.
Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.
objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE
(Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk
pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model
ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah.
Model
ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam
model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
Jadual 1: Model Assure
3.1 ANALISIS
PELAJAR
Model ASSURE
bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi
tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan
media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod
pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui
harapan, sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat
pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat
maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
Media yang
digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran,
kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat
3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri
pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri.
Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan
tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media
yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya
dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b
terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.
3.2 NYATAKAN
OBJEKTIF
Objektif
pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada
perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap
baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif
topik ini ialah pelajardapat:
·
Memahamipengelasanmikroorganisma.
·
Mengetahuipelbagaijenismikroorganismadaripadasegi
rupa bentuk dan saiz.
3.3 PILIH
KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN
Dalam proses
pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada
tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
i.
Memilih kaedah
Dalam satu
pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,
pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik
perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah
perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang
baru.
ii.
Memilih media
Pemilihan
media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara
faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara
bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer
multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan
pelajar.
iii.
Memilih bahan
Bahan sumber
pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.
Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.
3.4 GUNAKAN
MEDIA DAN BAHAN
Penggunaan
media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan
pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga
digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran
yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media
tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat
mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
3.5 PENGLIBATAN
PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
Untuk
mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi
dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas
pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada
kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui
internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada
pelajar.
3.6 PENILAIAN
/ SEMAK SEMULA BAHAN
Penilaian
ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah
program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran,
dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah
tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan
keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk
mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam
pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai
tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang
diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian
pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu:
i)
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria
(penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)
ii)
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
iii)
Sikap.
Pelajar akan
dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu
pelajar juga menjawab soalan struktur.Kesimpulannya,
berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat
secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan
menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment