8.0
RUMUSAN
Bagi semester ini kami telah mempelajari
subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran EDU 3105 dan melalui subjek
ini, kami memahami bahawa teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan
dan buka juga alat, sebaliknya proses, kaedah dan idea bagi memastikan
penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.Selain itu,
kami turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja
mampu memproses maklmat dan memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses
maklumat dan mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang
baru. Berdasarkan tugasan ini kami mendapati perancangan pengajaran
pembelajaran perlu berdasarkan Model ASSURE kerana melalui model tersebut, kami
dapat mempelajari cara yang baik untuk merancang pengajaran yang berkesan.
KLIK READ MORE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT =)
Dalam Model ASSURE terkandung enam ciri di dalamnya.
Berdasarkan Model ASSURE tersebut juga, kami dikehendaki merancang satu rancangan
pengajaran harian untuk murid sekolah rendah. Kami diberi kebebasan untuk
memilih mana-mana huraian sukatan pelajaran untuk sekolah rendah. Apa yang penting,
kami perlu memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat dalam
pengajaran tersebut.Selain itu, kami perlu mengaplikasikan teknologi dalam
penyediaan rancangan pengajaran pembelajaran tersebut, bersesuaianlah dengan
subjek ini sendiri. Antara teknik yang digunakan dalam video ialah panning dan CU(close
up) memaparkan objek secara dekat.
KLIK READ MORE UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT =)
Kami harus
memastikan sekurang-kurangnya tiga bahan media digunakan dalam rancangan pengajaran
tersebut. Teknologi Dalam Pendidikan memberi banyak pendedahan kepada guru
pelatih untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan teknologi yang ada pada
masa kini dengan sebaik-baiknya supaya gaya pengajaran kita dapat dipertingkat
dari semasa ke semasa.
Selain itu, tugasan kami perlu dilengkapkan
lagi dengan pelbagai bahan bantu mengajar dalam bentuk 2D dan 3D. Sememangnya
kami telah mempelajari jenis-jenis bahan 2D dan 3D. Bezanya dalam tugasan ini,
kami perlu menghasilkan sendiri bahan-bahan tersebut.
Walaupun tajuk bagi tugasan ini adalah
mengikut kemahiran dan minat kami sendiri iaitu dalam bidang major kami,
Rekabentuk dan Teknologi, kami perlu memastikan bahawa setiap tugasan yang
dilakukan bercirikan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dipelajari
bagi semester ini. Setiap input perlu diserapkan dengan ciri-ciri teknologi
yang digunakan dalam pendidikan. Sebenarnya, itulah tugasan yang paling
mencabar bagi kami iaitu dengan menerapkan dua subjek dalam satu tugasan.
Namun, sesuai dengan kehendak semasa, kami
percaya tugasa yang dijalankan ini adalah sangat relevan dan berguna pada masa
hadapan. Seperti yang diketahui, teknologi dalam pendidikan adalah satu cabang
yang sangat penting bagi melahirkan pengajaran dan pembelajaran yang mantap
lagi menarik. Sehubungan itu, kami melihat bahawa tugasan ini bukan sahaja
bersifat holistik yang meliputi seluruh aspek p&p, malah juga bersifat
futuristik yakni berorientasikan p&p masa hadapan.
No comments:
Post a Comment