5.0 RPH KEMAHIRAN HIDUP DARJAH 5
Mata
Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tahun Lima
Kelas : 5 Aman
Tajuk : Ikan
Hiasan
Sub
Tajuk :
Penyediaan Bekas
Tarikh : 23
September 2012
Masa : 8.00
pagi – 9.00 pagi
Bilangan
Murid : 30 Orang
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid pernah melihat bekas
yang digunakan untuk
menyimpan
ikan hiasan di rumah masing-masing.
Hasil
Pembelajaran : Di akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1) Mengenal
dan menyenaraikan lima daripada enam jenis tumbuhan akuatik tanpa rujukan buku
dengan betul.
2) Menyenaraikan
dengan tepat empat daripada enam langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium
dengan betul.
3) Menyediakan
akuarium dengan langkah yang betul.
Kemahiran
Berfikir : Menyenarai, mengenalpasti, menyusun, mengingat
kembali,
membuat rumusan dan menjana idea.
Penerapan
Nilai : Menyayangi haiwan
peliharaan, sabar, bekerjasama, bersih, teliti, bertanggungjawab.
Bahan Bantu Mengajar :
Model akuarium, kad perkataan, projektor, LCD,
komputer
riba, kad perkataan, video, lembaran kerja, akuarium sebenar, ikan hiasan, pam, batu, pasir, tumbuhan
akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.
Langkah/Masa
(Minit)
|
Isi
kandungan Pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
induksi
(5
minit)
|
· Menunjukkan
sebuah model akuarium yang mengandungi beberapa jenis aksesori hiasan di
dalam.
· Menayangkan
beberapa keping kad yang mengandungi perkataan yang berbeza bagi setiap
satunya.
1) Tumbuhan
akuatik
2) Pam
3) Kayu
4) Batu
5) Model
6) Pasir
|
· Guru
menunjukkan sebuah model akuarium dan mengarahkan murid memerhati dengan
teliti dan cuba mengenalpasti apakah jenis aksesori atau alatan yang terdapat
di dalam model akuarium itu.
· Guru
menyoal murid apakah nama setiap aksesori tersebut.
· Seterusnya
guru menunjukkan kad perkataan dan mengarahkan murid untuk memadankan
perkataan yang tertera pada kad tersebut dengan aksesori yang terdapat di
dalam model akuarium itu.
· Guru
memanggil beberapa orang murid dan mengarahkan murid menampal kad perkataan
itu pada aksesori yang betul.
|
BBM :
Model akuarium, kad perkataan.
Nilai :
Teliti, bekerjasama.
|
Langkah
1
(15
minit)
|
Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik atau tiruan.
· Alternanthera spp.
· Bacopa spp.
· Anubias spp.
· Lobelia spp.
· Sumatra fern spp.
· Java fern spp.
|
· Guru
menunjukkan beberapa tayangan gambar jenis tumbuhan akuatik menerangkan
kepada murid .
· Murid
menonton tayangan dan guru meminta murid untuk mengingati nama tumbuhan
akuatik itu.
· Guru
meminta beberapa orang murid untuk menyebut kembali nama jenis tumbuhan
akuatik.
· Seterusnya
guru memberikan edaran gambar setiap jenis tumbuhan yang telah dipaparkan dan
mengarahkan murid untuk mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu
dengan tepat.
|
BBM :
Projektor LCD,komputer riba.
Nilai :
Teliti, sabar.
KBKK :
Mengenalpasti, mengingat kembali.
|
Langkah
2
(15
minit)
|
Menunjukkan video mengenai langkah-langkah penyediaan akuarium supaya
murid dapat gambaran awal mengenai langkah-langkah yang betul.
|
· Guru
menunjukkan satu video ringkas berkenaan langkah-langkah menyedia dan
menghias akuarium.
· Seterusnya
guru menyenaraikan langkah penyediaan akuarium dengan menayangkannya di skrin
dan meminta murid untuk menyalinnya.
· Sambil
menayangkan video, guru menunjukkan demonstrasi langkah-langkah sebenar
penyediaan akuarium di hadapan semua murid.
· Murid
diminta mengambil perhatian dengan penerangan guru.
|
BBM :
Projektor LCD,komputer riba, video, akuarium sebenar.
Nilai :
Memberi perhatian, mendengar arahan guru, teliti.
KBKK :
Menyusun mengikut keutamaan, mengenalpasti,
mengingat kembali.
|
Langkah
3
(15
minit)
|
Langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.
1. Membersih
dan bilas kayu, pasir dan batu.
2.
Bubuh satu lapisan pasir sungai pada
dasar akuarium.
3.
Taburkan batu kecil pada atas pasir
sungai tadi.
4.
Tanam tumbuhan akuatik/tiruan.
5.
Masukkan pam.
6.
Letakkan tunggul kayu yang telah
dibersihkan.
7.
Letakkan
aksesori.
8. Masukkan
air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium.
9. Hidupkan
penapisan dan pam.
10. Masukkan
ikan.
|
·
Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan
aksesori akuarium yang akan dipasang di meja kerja kumpulan mereka.
·
Murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium
secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru tadi
·
Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama
berkumpulan.
|
BBM :
Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan,
kayu buruk, poster, model.
Nilai:
Bekerjasama, bersih, teliti, menyayangi haiwan.
KBKK :
Menyusun mengikut keutamaan, mengenalpasti, mengingat kembali, menjana
idea.
|
Penutup
(10
minit)
|
· Rumusan
secara ringkas mengenai jenis tumbuhan akuatik beserta aksesori hiasan,
faktor pemilihan bekas dan cara untuk menyedia dan menghias akuarium.
|
· Guru
membuat sedikit ulasan dan komen mengenai sesi P&P yang telah dijalankan.
· Seterusnya
guru membuat rumusan ringkas mengenai sesi P&P yang telah dijalankan dan
menegaskan agar murid mengulangkaji berkaitan apa yang telah dipelajari.
· Guru
mengedarkan lembaran kerja.
|
BBM :
Lembaran kerja
Nilai :
Memberi perhatian, mendengar arahan guru, teliti.
Evaluate And Revise
- Guru membuat penilaian sepanjang proses p&p. |
No comments:
Post a Comment